Friday, July 30, 2010

Karnival Sukan & Keusahawanan 2010 (Siri 1)

10 Julai 2010 - Syabas SKTR. Penganjuran Karnival Sukan dan Keusahawanan 2010 ini adalah satu kejayaan yang membanggakan. 



 
Pagi-pagi kuda dah sampai sekolah!


Tetamu jemputan.

Gerai burger tak menang tangan..sampai terbeliak mata.

Cenderahati dari SKTR

Laku ke tak ni?

Permainan menarik untuk murid-murid.

Ini lagi menarik!!

Tendang bola ke sasaran. Memang laku!

Sedap ni.



bersambung....

Friday, July 9, 2010

Latihan Kebakaran

30 Jun 2010 - Hari ini, Latihan Kebakaran kali ke 2 dilakukan di SKTR. Sebelum ini, latihan hanya melibatkan guru dan murid-murid sahaja. Namun kali ini, pasukan bomba dari Balai Bomba Kajang diketuai oleh Che Hamdan turut serta bersama pasukannya melakukan demonstrasi memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam kebakaran.

Sebelum itu, murid-murid dan seluruh warga SKTR bergegas untuk berkumpul di Blok C selepas mendengar loceng kebakaran berbunyi. Selepas guru-guru kelas memastikan bilangan murid di kelas masing-masing cukup, Ketua Balai Bomba menyampaikan ceramah ringkas berkenaan kebakaran.

Murid-murid dilihat berasa seronok selepas menyaksikan demonstrasi oleh pihak bomba serta bersedia untuk bersungguh-sungguh melaksanakan langkah-langkah menyelamatkan diri dengan teratur sekiranya berlaku kebakaran sebenar...

Cikgu Hafiz sedang mengira jumlah murid 5 Mumtaz

                            Semua cikgu kena catat apa yang saya tulis di papan putih ini.

Sedia Ustaz....

Tembakk!!

Kereta bomba kalau terbakar siapa yang padamkan apinya ya?

Friday, July 2, 2010

Praktikum

Minggu ini SKTR menerima kehadiran 2 orang guru praktikum dari IPGM Kampus Pendidikan Islam yang akan berada di sini selama 2 bulan. Dua orang guru tersebut adalah Ust. Muhammad Nawawi bin Kandar, berasal dari Banting, Selangor manakala Ust. Ibrahim bin Ahmad, dari Tanah Merah, Kelantan. Masing-masing berumur 22 tahun dan 23 tahun. Mereka berdua daripada opsyen Bahasa Arab. Selamat menjalani praktikum dengan cemerlang!!