Friday, April 12, 2013

Perjalanan Minggu KO-Akademik SKTR 2013


Bermula dari 8/4/2013 hingga 12/4/2013, minggu ko-akademik telah terlaksana dengan gemilangnya. Sepanjang minggu ini, pelajar telah mengambil pelbagai aktiviti menarik bersesuaian dengan kokurikulum merentasi kurikulum. Gambar-gambar di bawah adalah sebahagian daripada aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang minggu ini. Terima kasih diucapkan diatas sokongan PIBG SKTR dan Seluruh Warga SKTR yang telah bertungkus-lumus mengadakan aktiviti ini dengan jayanya. SYABAS! diucapkan kepada semua ^_^




















Sunday, April 7, 2013

INFO SK TAMAN RAKAN (April 2013)

Asslamualaikum & Salam Sejahtera kepada seluruh warga SK Taman Rakan. Bulan April telah masuk minggu kedua dan pelbagai program telah dirancang... antaranya Minggu PSS dan Minggu Kurikulum Merentas KoKurikulum. Diharap semuanya berjalan dengan lancar.

Berikut dilampirkan info yang telah diedarkan kepada ibubapa sebagai rujukan...

Muka Surat 1
  
Muka Surat 2

 

Tuesday, March 19, 2013

KHIDMAT BANTU SEKOLAH - PIBG SKTR

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera diucapkan kepada seluruh warga SK Taman Rakan... Di sini pihak Admin ingin membuat satu hebahan berkaitan dengan Pelaksanaan Strategik Khidmat Bantu Sekolah dalam mengumpulkan data-data berkaitan ibubapa yang berkeupayaan membantu pihak sekolah dalam apa jua bentuk bantuan yang dapat diberikan oleh mereka.

Khidmat Bantu Sekolah ini juga akan membetuk biro-biro yang berkaitan. Setiap biro mempunyai fungsi dan tugas yang lebih tertumpu dalam melaksanakan program dalam meningkatkan mutu pendidikan, keselesaan & keselamatan murid-murid.  

Berikut dilampirkan surat siaran dan sekiranya ada Ibubapa yang berminat... SILA HUBUNGI PIHAK SEKOLAH... Terima Kasih...


Surat siaran yang telah diedarkan kepada Ibubapa melalui murid-murid

Sunday, March 10, 2013

INFO SK TAMAN RAKAN (Mac 2013)

Alhamdulillah, segala perancangan yang telah di rencanakan oleh Pentadbir & Guru - Guru SK Taman Rakan telah berjalan dengan teratur seperti yang dirancang. Di sini, Admin ingin menyampaikan info SK Taman Rakan untuk bulan Mac 2013.

Sekian, Harap Maklum.


Muka 1

Muka 2


Monday, March 4, 2013

BERMULANYA UJIAN BULANAN 1. (Tahap 2)

Mulai esok (5 Mac 2013) hingga 8 Mac 2013 akan diadakan Ujian Bulanan 1 (UB1) untuk semua murid-murid tahap 2 di SK Taman Rakan. Di harap semua murid-murid dapat bersedia dan membaca buku supaya tidak menghampakan harapan IbuBapa dan Guru-Guru kalian.


Berikut dilampirkan Jadual Peperiksaan :-

JADUAL PEPERIKSAAN TAHUN 4 & 5
JADUAL PEPERIKSAAN TAHUN 6