Friday, June 28, 2013

KEJOHANAN SUKAN SKTR 2013 - DIBATALKAN

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera kepada seluruh warga SKTR... 

Sukacita dimaklumkan bahawa Kejohanan Sukan SKTR 2013 yang dijadualkan esok (29 Jun 2013) terpaksa dibatalkan dan akan diadakan pada tarikh yang akan diberitahu kelak. Surat edaran telah diberikan kepada anak-anak Tuan/Puan. Pihak sekolah memohon maaf diatas kesulitan yang dihadapi oleh pihak Tuan/Puan.

Sekian, Terima Kasih.

Monday, June 24, 2013

MAKLUMAN KEPADA SEMUA SEKOLAH DAERAH HULU LANGAT ( PERSEKOLAHAN SEPERTI BIASA)

Berikut merupakan maklumat yang diperolehi daripada laman web PPD Hulu Langat.

"MAKLUMAN DARI UNIT PERHUBUNAN JPN SELANGOR, SEKOLAH DI NEGERI SELANGOR ADALAH BEROPERASI SEPERTI BIASA KECUALI BAGI DAERAH KLANG. IBUBAPA BOLEH TIDAK MENGHANTAR ANAK KE SEKOLAH ATAS FAKTOR KESIHATAN DENGAN MEMAKLUMKAN KEPADA PIHAK SEKOLAH."
OLEH YANG DEMIKIAN BAGI DAERAH HULU LANGAT SESI PERSEKOLAHAN ADALAH BERJALAN SEPERTI BIASA.
TERIMA KASIH.

Monday, June 17, 2013

Program Pengumpulan Pakaian dan Barangan Terpakai - PIBG

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada seluruh warga SKTR... PIBG SKTR menganjurkan Program Pengumpulan Pakaian dan Barangan Terpakai pada minggu ini (17 - 22 Jun 2013). Berikut dilampirkan surat siaran berkaitan program tersebut.

-Terima Kasih-