Tuesday, January 8, 2013

JOM DATANG AWAL KE SEKOLAH... Perhimpunan Mingguan (Minggu ke-2 Jan 2013)

Setelah selesai Program Maju Diri untuk murid-murid di SK Taman Rakan pada minggu lepas, Hari Isnin yang lepas adalah permulaan kepada mereka untuk mula belajar.

Sebelum memulakan kelas, murid-murid telah mendengar amanat daripada Pn. Hoe Yoke Mei serta guru-guru lain yang supaya mereka lebih peka dengan persekitaran SK Taman Rakan ini.
 
Selain daripada perhimpunan biasa, Pn. Hoe Yoke Mei juga telah merasmikan PROGRAM JOM DATANG AWAL KE SEKOLAH & KEMPEN SIFAR PONTENG yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Rakan. Di harap, ganjaran yang ditawarkan oleh Unit B&K dapat menaikkan semangat murid-murid SK Taman Rakan untuk datang ke sekolah.

Berikut dimuatkan gambar suasana pada hari Isnin (7/1/2013) lalu...



Barisan guru-guru lelaki SK Taman Rakan

Murid-murid tekun mendengar amanat daripada guru bertugas

Pn. Hoe Yoke Mei menyampaikan ucapan perasmian

Murid-murid tahun 5

dari Kiri - Pn. Hjh. Siti Hara, Pn. Merianah & Pn. Aisyah

Barisan guru-guru perempuan SK Taman Rakan


Pn. Hoe Yoke Mei sejurus selepas gimik perasmian program

Sebuah sajak dideklamasikan oleh Adik Aiman dari kelas 6 Jabil



Wednesday, January 2, 2013

Hari Pertama Persekolahan 2013 di SK TAMAN RAKAN.


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sesi persekolahan 2013 telah bermula pada hari ini (2 Januari 2013) dan ianya berjalan lancar. Walaupun ianya tidak bermula pada hari Isnin, tetapi perhimpunan tetap diadakan dan seterusnya taklimat diberikan oleh guru yang bertugas pada minggu ini.


Kehadiran persekolahan juga turut dimeriahkan oleh ibubapa dan penjaga yang turut serta mengikuti perkembangan hari pertama persekolahan anak-anak mereka. Saya dapati majoriti ibubapa yang hadir adalah daripada murid-murid tahun 4 kerana mereka bertukar ke sesi pagi.

Pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung pada program hari ini... Tidak dilupakan juga kepada ibubapa yang telah datang dan memberi sokongan kepada anak tuan/puan.

Berikut dimuatkan suasana semasa perhimpunan dan juga murid-murid beredar ke kelas masing-masing.


Murid-murid sedang tekun mendengar taklimat

IbuBapa yang hadir menunggu anak mereka turut mendengar taklimat

Barisan sebahagian daripada guru-guru SKTR

Calon-calon UPSR 2013

Buku Panduan dan Peraturan Sekolah

Barisan Pentadbir SKTR

Guru Besar SKTR - Pn. Hoe Yoke Mei

Murid-murid bergerak ke kelas masing-masing