Monday, April 23, 2012

PERHIMPUNAN PAGI - 23 APRIL 2012

Fuhhh... tak menang tangan admin nak update segala aktiviti yang telah dijalankan di SKTR pada hujung minggu lepas. Semua aktiviti telah dijalankan dengan jayanya oleh semua Guru-guru SKTR dan disokong tanpa jemu oleh semua murid-murid SKTR. Antara Program yang telah dijalankan ialah Khemah Ibadah (Tahun 6), Klinik Bola Jaring dan Kursus Unit Beruniform SKTR.

Bercerita pada pagi Isnin ini, Alhamdulillah... warga SKTR telah bertungkus lumus untuk menjayakan Perasmian Sedaerah Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca). Antara yang berlangsung semasa persmian ialah pembacaan Ucapan Pegawai Pelajaran Daerah oleh Guru Besar dan seterusnya perasmian Program NILAM, persembahan bacaan buku cerita, deklamasi sajak & persembahan boria oleh murid-murid tahun 5 Jabil.

Tidak dilupakan juga penyampaian anugerah kelas terceria untuk minggu yang ke-15. Pemenangnya adalah seperti berikut :-

Tempat ke-3 : 4 Bazli
Tempat ke-2 : 5 Mumtaz
Pertama       : 5 Jabil


Pn. Merianah selaku GPK HEM menyampaikan Piala Pusingan kepada Ketua Kelas 5 Jabil. Tahniah...







Monday, April 16, 2012

PERHIMPUNAN PAGI - 16 APRIL 2012

Alhamdulillah... dapat bertemu kembali dengan semua anak-anak & warga SKTR pada minggu yang ke-15 ini. Pada perhimpunan pagi tadi, banyak amanat yang telah disampaikan oleh Guru bertugas, Kaunselor dan juga Guru Besar SKTR. Diharapkan amanat-amanat yang disampaikan dapat dijadikan panduan dan iktibar untuk semua murid.

Pertandingan keceriaan kelas pada minggu yang ke-14 telah dinilai dan kelas yang mendapat tempat pada minggu lepas adalah seperti berikut.:-

Tempat ke-3 : 6 Aqil
Tempat ke-2 : 6 Hazim
Johan          : 6 Firas

Guru Besar menyampaikan piala pusingan kepada ketua kelas 6 Firas

Wednesday, April 11, 2012

DAULAT TUANKU

MENJUNJUNG KASIH,
MERAFAK SEMBAH,

KEBANGGAAN BERADA DI BAWAH NAUNGAN DULI TUANKU... SEMBAH TAHNIAH

"DAULAT TUANKU"


PERHIMPUNAN PAGI - 9 APRIL 2012

Alhamdulillah, SK Taman Rakan memulakan sesi mingguan seperti biasa. Pada perhimpunan yang lalu, wira-wira bolasepak SKTR telah menerima pingat masing-masing dan mereka juga menerima pujian dan tepukan gemuruh daripada seluruh warga SKTR...


Wira Bola Sepak SKTR bergambar kenangan bersama Puan Siti Hara selepas menerima pingat masing-masing.

Mohd Shahrul Hakimi (6N), Amirul Fikri (6F) & Mohd Amirul Irfan (6J) merupakan pemain yang terpilih untuk menyertai pasukan bola sepak daerah Hulu Langat dalam pertangdingan peringkat Negeri.

Selain daripada penyampaian pingat, Pihak sekolah dengan berbesar hati mengumumkan kelas terceria pada minggu yang ke-13 yang lalu. Keputusannya adalah seperti berikut.

Pertama - 6 Mumtaz
Kedua    - 5 Hazim
Ketiga    - 4 Aqil

Puan Merianah Jamaludin (GPK HEM) menyampaikan hadiah kepada Pemenang Kelas Terceria untuk minggu ke-13.