Thursday, August 8, 2013

SELAMAT HARI RAYA 1434H



Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...




Friday, June 28, 2013

KEJOHANAN SUKAN SKTR 2013 - DIBATALKAN

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera kepada seluruh warga SKTR... 

Sukacita dimaklumkan bahawa Kejohanan Sukan SKTR 2013 yang dijadualkan esok (29 Jun 2013) terpaksa dibatalkan dan akan diadakan pada tarikh yang akan diberitahu kelak. Surat edaran telah diberikan kepada anak-anak Tuan/Puan. Pihak sekolah memohon maaf diatas kesulitan yang dihadapi oleh pihak Tuan/Puan.

Sekian, Terima Kasih.

Monday, June 24, 2013

MAKLUMAN KEPADA SEMUA SEKOLAH DAERAH HULU LANGAT ( PERSEKOLAHAN SEPERTI BIASA)

Berikut merupakan maklumat yang diperolehi daripada laman web PPD Hulu Langat.

"MAKLUMAN DARI UNIT PERHUBUNAN JPN SELANGOR, SEKOLAH DI NEGERI SELANGOR ADALAH BEROPERASI SEPERTI BIASA KECUALI BAGI DAERAH KLANG. IBUBAPA BOLEH TIDAK MENGHANTAR ANAK KE SEKOLAH ATAS FAKTOR KESIHATAN DENGAN MEMAKLUMKAN KEPADA PIHAK SEKOLAH."
OLEH YANG DEMIKIAN BAGI DAERAH HULU LANGAT SESI PERSEKOLAHAN ADALAH BERJALAN SEPERTI BIASA.
TERIMA KASIH.

Monday, June 17, 2013

Program Pengumpulan Pakaian dan Barangan Terpakai - PIBG

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada seluruh warga SKTR... PIBG SKTR menganjurkan Program Pengumpulan Pakaian dan Barangan Terpakai pada minggu ini (17 - 22 Jun 2013). Berikut dilampirkan surat siaran berkaitan program tersebut.

-Terima Kasih-



Friday, April 12, 2013

Perjalanan Minggu KO-Akademik SKTR 2013


Bermula dari 8/4/2013 hingga 12/4/2013, minggu ko-akademik telah terlaksana dengan gemilangnya. Sepanjang minggu ini, pelajar telah mengambil pelbagai aktiviti menarik bersesuaian dengan kokurikulum merentasi kurikulum. Gambar-gambar di bawah adalah sebahagian daripada aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang minggu ini. Terima kasih diucapkan diatas sokongan PIBG SKTR dan Seluruh Warga SKTR yang telah bertungkus-lumus mengadakan aktiviti ini dengan jayanya. SYABAS! diucapkan kepada semua ^_^




















Sunday, April 7, 2013

INFO SK TAMAN RAKAN (April 2013)

Asslamualaikum & Salam Sejahtera kepada seluruh warga SK Taman Rakan. Bulan April telah masuk minggu kedua dan pelbagai program telah dirancang... antaranya Minggu PSS dan Minggu Kurikulum Merentas KoKurikulum. Diharap semuanya berjalan dengan lancar.

Berikut dilampirkan info yang telah diedarkan kepada ibubapa sebagai rujukan...

Muka Surat 1
  
Muka Surat 2

 

Tuesday, March 19, 2013

KHIDMAT BANTU SEKOLAH - PIBG SKTR

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera diucapkan kepada seluruh warga SK Taman Rakan... Di sini pihak Admin ingin membuat satu hebahan berkaitan dengan Pelaksanaan Strategik Khidmat Bantu Sekolah dalam mengumpulkan data-data berkaitan ibubapa yang berkeupayaan membantu pihak sekolah dalam apa jua bentuk bantuan yang dapat diberikan oleh mereka.

Khidmat Bantu Sekolah ini juga akan membetuk biro-biro yang berkaitan. Setiap biro mempunyai fungsi dan tugas yang lebih tertumpu dalam melaksanakan program dalam meningkatkan mutu pendidikan, keselesaan & keselamatan murid-murid.  

Berikut dilampirkan surat siaran dan sekiranya ada Ibubapa yang berminat... SILA HUBUNGI PIHAK SEKOLAH... Terima Kasih...


Surat siaran yang telah diedarkan kepada Ibubapa melalui murid-murid

Sunday, March 10, 2013

INFO SK TAMAN RAKAN (Mac 2013)

Alhamdulillah, segala perancangan yang telah di rencanakan oleh Pentadbir & Guru - Guru SK Taman Rakan telah berjalan dengan teratur seperti yang dirancang. Di sini, Admin ingin menyampaikan info SK Taman Rakan untuk bulan Mac 2013.

Sekian, Harap Maklum.


Muka 1

Muka 2


Monday, March 4, 2013

BERMULANYA UJIAN BULANAN 1. (Tahap 2)

Mulai esok (5 Mac 2013) hingga 8 Mac 2013 akan diadakan Ujian Bulanan 1 (UB1) untuk semua murid-murid tahap 2 di SK Taman Rakan. Di harap semua murid-murid dapat bersedia dan membaca buku supaya tidak menghampakan harapan IbuBapa dan Guru-Guru kalian.


Berikut dilampirkan Jadual Peperiksaan :-

JADUAL PEPERIKSAAN TAHUN 4 & 5
JADUAL PEPERIKSAAN TAHUN 6





Thursday, February 21, 2013

Sejarah Tercipta di SK Taman Rakan !!!

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah berjaya mendapat 5 A dalam UPSR tahun 2012.

Berikut merupakan data-data berkaitan dengan pencapaian UPSR 2012 dan tahun yang sebelumnya.








Mesyuarat Agung SKTR kali ke-15



Untuk makluman semua Ibubapa &
Warga SK Taman Rakan...


Surat siaran Jemputan ke Mesyuarat PIBG

Monday, February 4, 2013

Perlantikan Pemimpin Muda SKTR 2013

Salam Sejahtera,

Pada 14 Januari 2013 yang lalu telah diadakan satu Majlis Mengangkat Sumpah penerimaan jawatan oleh Pemimpin Muda SKTR iaitu Pengawas SKTR, Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pembimbing Rakan Sebaya.

Mereka telah menjalani kursus yang telah diadakan pada 11 & 12 Januari 2013 tentang bagaimana untuk menjalankan tugas dengan lebih baik dan cekap.

Diharap, pemimpin-pemimpin muda ini dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik sepanjang tahun 2013 ini.

-Sekian-

Pn. Hoe Yoke Mei menyampaikan ucapan perasmian Majlis Pelantikan Pemimpin Muda SKTR
Adik MUHAMMAD ANAS SHAHRIZAL AQASHA B. ALEYASAK selaku Ketua Pengawas Tahun 2013

Adik SYED MUHAMMAD NAZRIN B SYED AHMAD ZULFAR mewakili Pengawas Pusat Sumber

Adik PUTERI ARISSA BT AIZAM HAMIDIE mewakili Pembimbing Rakan Sebaya 


Sepanjang Majlis Bacaan Ikrar Berlangsung












Tuesday, January 8, 2013

JOM DATANG AWAL KE SEKOLAH... Perhimpunan Mingguan (Minggu ke-2 Jan 2013)

Setelah selesai Program Maju Diri untuk murid-murid di SK Taman Rakan pada minggu lepas, Hari Isnin yang lepas adalah permulaan kepada mereka untuk mula belajar.

Sebelum memulakan kelas, murid-murid telah mendengar amanat daripada Pn. Hoe Yoke Mei serta guru-guru lain yang supaya mereka lebih peka dengan persekitaran SK Taman Rakan ini.
 
Selain daripada perhimpunan biasa, Pn. Hoe Yoke Mei juga telah merasmikan PROGRAM JOM DATANG AWAL KE SEKOLAH & KEMPEN SIFAR PONTENG yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Rakan. Di harap, ganjaran yang ditawarkan oleh Unit B&K dapat menaikkan semangat murid-murid SK Taman Rakan untuk datang ke sekolah.

Berikut dimuatkan gambar suasana pada hari Isnin (7/1/2013) lalu...



Barisan guru-guru lelaki SK Taman Rakan

Murid-murid tekun mendengar amanat daripada guru bertugas

Pn. Hoe Yoke Mei menyampaikan ucapan perasmian

Murid-murid tahun 5

dari Kiri - Pn. Hjh. Siti Hara, Pn. Merianah & Pn. Aisyah

Barisan guru-guru perempuan SK Taman Rakan


Pn. Hoe Yoke Mei sejurus selepas gimik perasmian program

Sebuah sajak dideklamasikan oleh Adik Aiman dari kelas 6 Jabil



Wednesday, January 2, 2013

Hari Pertama Persekolahan 2013 di SK TAMAN RAKAN.


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sesi persekolahan 2013 telah bermula pada hari ini (2 Januari 2013) dan ianya berjalan lancar. Walaupun ianya tidak bermula pada hari Isnin, tetapi perhimpunan tetap diadakan dan seterusnya taklimat diberikan oleh guru yang bertugas pada minggu ini.


Kehadiran persekolahan juga turut dimeriahkan oleh ibubapa dan penjaga yang turut serta mengikuti perkembangan hari pertama persekolahan anak-anak mereka. Saya dapati majoriti ibubapa yang hadir adalah daripada murid-murid tahun 4 kerana mereka bertukar ke sesi pagi.

Pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung pada program hari ini... Tidak dilupakan juga kepada ibubapa yang telah datang dan memberi sokongan kepada anak tuan/puan.

Berikut dimuatkan suasana semasa perhimpunan dan juga murid-murid beredar ke kelas masing-masing.


Murid-murid sedang tekun mendengar taklimat

IbuBapa yang hadir menunggu anak mereka turut mendengar taklimat

Barisan sebahagian daripada guru-guru SKTR

Calon-calon UPSR 2013

Buku Panduan dan Peraturan Sekolah

Barisan Pentadbir SKTR

Guru Besar SKTR - Pn. Hoe Yoke Mei

Murid-murid bergerak ke kelas masing-masing