Tuesday, March 19, 2013

KHIDMAT BANTU SEKOLAH - PIBG SKTR

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera diucapkan kepada seluruh warga SK Taman Rakan... Di sini pihak Admin ingin membuat satu hebahan berkaitan dengan Pelaksanaan Strategik Khidmat Bantu Sekolah dalam mengumpulkan data-data berkaitan ibubapa yang berkeupayaan membantu pihak sekolah dalam apa jua bentuk bantuan yang dapat diberikan oleh mereka.

Khidmat Bantu Sekolah ini juga akan membetuk biro-biro yang berkaitan. Setiap biro mempunyai fungsi dan tugas yang lebih tertumpu dalam melaksanakan program dalam meningkatkan mutu pendidikan, keselesaan & keselamatan murid-murid.  

Berikut dilampirkan surat siaran dan sekiranya ada Ibubapa yang berminat... SILA HUBUNGI PIHAK SEKOLAH... Terima Kasih...


Surat siaran yang telah diedarkan kepada Ibubapa melalui murid-murid

Sunday, March 10, 2013

INFO SK TAMAN RAKAN (Mac 2013)

Alhamdulillah, segala perancangan yang telah di rencanakan oleh Pentadbir & Guru - Guru SK Taman Rakan telah berjalan dengan teratur seperti yang dirancang. Di sini, Admin ingin menyampaikan info SK Taman Rakan untuk bulan Mac 2013.

Sekian, Harap Maklum.


Muka 1

Muka 2


Monday, March 4, 2013

BERMULANYA UJIAN BULANAN 1. (Tahap 2)

Mulai esok (5 Mac 2013) hingga 8 Mac 2013 akan diadakan Ujian Bulanan 1 (UB1) untuk semua murid-murid tahap 2 di SK Taman Rakan. Di harap semua murid-murid dapat bersedia dan membaca buku supaya tidak menghampakan harapan IbuBapa dan Guru-Guru kalian.


Berikut dilampirkan Jadual Peperiksaan :-

JADUAL PEPERIKSAAN TAHUN 4 & 5
JADUAL PEPERIKSAAN TAHUN 6