Showing posts with label Aktiviti Kokurikulum. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Kokurikulum. Show all posts

Friday, June 28, 2013

KEJOHANAN SUKAN SKTR 2013 - DIBATALKAN

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera kepada seluruh warga SKTR... 

Sukacita dimaklumkan bahawa Kejohanan Sukan SKTR 2013 yang dijadualkan esok (29 Jun 2013) terpaksa dibatalkan dan akan diadakan pada tarikh yang akan diberitahu kelak. Surat edaran telah diberikan kepada anak-anak Tuan/Puan. Pihak sekolah memohon maaf diatas kesulitan yang dihadapi oleh pihak Tuan/Puan.

Sekian, Terima Kasih.

Friday, March 30, 2012

SK Taman Rakan JOHAN !!!!!

Terukir senyuman yang lebar di wajah Guru Besar SKTR iaitu Pn. Hoe Yoke Mei memaklumkan kepada saya berkenaan kejayaan Pasukan Bola Sepak SKTR yang menjadi JOHAN di Kejohanan Bola Sepak MSSD Hulu Langat Zon Kajang 2012.

Tahniah diucapkan kepada Jurulatih Pasukan iaitu Cikgu Adiputera... Tahniah... Tahniah... Tahniah...

Gambar di bawah menceritakan selanjutnya tentang kejayaan SK Taman Rakan.

Juara sedang beraksi

Strategi disusun untuk memenangkan perlawanan penting ini.

Pejuang yang mengharumkan nama SK Taman Rakan.

Bak Sirih Pulang Ke Ganggang... Piala Pusingan yang telah disumbangkan oleh bekas Guru Besar SKTR pada tahun 2003 telah kembali ke SKTR selepas 9 tahun keluar.

Bersama - sama sijil dan pingat yang telah dimenangi... TAHNIAH !!!

Wajah kegembiraan oleh guru pembimbing dan murid-murid semua.

Kamilah JOHAN !!!!!

Wednesday, August 17, 2011

Persatuan Bulan Sabit Merah

Uniform Bulan Sabit Merah Malaysia



Lagu Bulan Sabit Merah Malaysia

Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya
Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya
Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat

klik sini untuk mendengar.


 Tujuh Prinsip Bulan Sabit Merah Malaysia :

Kemanusiaan - Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang cedera di medan pertempuran dan berusaha untuk mencegah dan meringankan kesengsaraan dimana jua ianya wujud. Tujuannya adalah melindungi nyawa dan kesihatan  serta hormat menghormati sesama manusia. Ia memupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian yang berkekalan di kalangan manusia.

Kesaksamaan - Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat, atau fahaman politik dalam kegiatannya. Tujuan asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang paling serius.

Keberkecualian - Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya, persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama dan ideologi.

Kebebasan - Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa  awam dan tertakluk kepada undang-undang negara. Persatuan tetap menjaga otonominya supaya ia boleh bertindak mengikut prinsip pergerakan.

Khidmat Sukarela - Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari untung.

Ketunggalan - Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi  seluruh negara. 

Kesejagatan - Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia, dimana semua persatuan mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling bantu-membantu di antara satu sama lain.

Thursday, November 11, 2010

Rombongan Kelab Rukunegara SKTR

23 Oktober 2010 - Kelab Rukunegara SKTR telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Tugu Negara, Galeri Tun Abdul Razak, Muzium Polis dan melawat sekitar Putrajaya buat julung kalinya..Seramai 8 orang guru pengiring diketuai oleh Cikgu Azizah berasa teruja dengan lawatan tersebut. Lebih-lebih lagi kepada Cikgu Bedah (bukan nama sebenar) yang pertama kali dalam hidupnya menjejakkan kaki ke tugu kebanggaan Malaysia tersebut...