Thursday, March 31, 2011

Kursus Motivasi Tahun 6

Hari ini pada 31 Mac 2011, murid Tahun 6 diberi motivasi bagi persediaan mereka menghadapi UPSR.







Daripada riak muka semua murid tahun 6 dapat dilihat bahawa mereka mungkin berasa terkesan dengan motivasi yang diberikan. Tambahan pula ramai murid perempuan yang mengalirkan air mata..

Tuesday, March 29, 2011

Johan Pertandingan Bercerita BM



Pada 24 Mac 2011 yang lalu, Athierah Nisa bt Amat Jafri (5 Danish) yang dimbimbing oleh Pn. Barirah Mohamad telah menjadi Johan Bercerita BM Zon Kajang.

Seterusnya Athierah Nisa akan bersaing dalam peringkat daerah pada 21 April 2011 akan datang. Semoga berjaya..

Tahniah!!


Sekalung tahniah diucapkan kepada Nurul Fasihah bt Muhammad Norizan (6 Aqil) kerana baru-baru ini telah berjaya menjadi Johan Hafazan (P) Peringkat Daerah Hulu Langat. Nurul Fasihah juga yang sebelumnya telah juga mejadi Johan Hafazan (P) Peringkat Zon Kajang akan mewakili Hulu Langat ke pertandingan yang sama di peringkat negeri Selangor yang akan diadakan pada 16 April 2011. Guru-guru yang telah membimbing Nurul Fasihah sepanjang pertandingan ini ialah Ustazah Norhayati dan Ustaz Mohd Shafie b Osman.

Semoga nama SKTR akan lebih harum lagi di peringkat negeri, mudah-mudahan..

Saturday, March 19, 2011

Portal PERMATApintar Negara


Perhatian kepada murid-murid darjah 3 hingga 6 SKTR, inilah masanya anda membuktikan bahawa anda adalah antara murid-murid yang berbakat. Ayuh sertai program Permata Pintar ini. Sertailah program ini bagi menyerlahkan potensi diri anda.



Ujian PERMATApintar UKM1 bermula dari 1 Feb. 2011 hingga 30 April 2011. Ujian ini adalah untuk pelajar-pelajar Malaysia yang berumur 8 hingga 15 tahun sahaja. Ujian ini boleh dilakukan sama ada di sekolah, rumah, kafe siber atau di mana sahaja terdapat capaian internet.

Ujian UKM1 merupakan saringan pertama untuk murid-murid menyertai program-program.


Klik di sini untuk membuat ujian.

Maklumat berkaitan

Perkhemahan PERMATApintar Negara di UKM (untuk pelajar berusia 9-15 tahun)

Perkhemahan PERMATA Insan yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar berusia 8 tahun sahaja)

PPMT PERMATApintar UKM iaitu sekolah khas pintar cerdas.

Tuesday, March 8, 2011

Perjumpaan Ibubapa Tahun 6 dengan Guru SKTR

Perjumpaan ibu bapa murid Tahun 6 bersama guru telah diadakan bagi membincangkan program dan perancangan pihak sekolah bagi memastikan kecemerlangan calon UPSR 2011. SKTR berharap agar semua pihak dapat menggembleng tenaga mahu pun usaha agar tiada calon UPSR tahun ini yang tercicir daripada mendapat kejayaan. Di dalam sesi perjumpaan ini, murid-murid Tahun 6 secara beramai-ramai telah melafazkan ikrar di hadapan ibu bapa serta guru-guru untuk berusaha bersungguh-sungguh sepanjang tahun ini demi masa depan yang lebih gemilang...