Monday, December 31, 2012

MESYUARAT GURU KALI 1 sesi 2013

Alhamdulillah, pada 27 Disember 2012 telah diadakan Mesyuarat Guru SKTR Kali 1 untuk sesi persekolahan 2013. Ramai guru yang hadir untuk memberi kerjasama dalam menjayakan mesyuarat tersebut serta mendengar taklimat dan amanat penting untuk semua guru sebelum sesi persekolahan 2013 bermula.

Turut sama memberi taklimat adalah daripada PK Pentadbiran, PK HEM & PK Kokurikulum. Semua guru juga telah dibekalkan dengan buku panduan & takwim sekolah untuk rujukan sepanjang tahu 2013.


Suasana Mesyuarat Kali 1 sesi 2013 SK TAMAN RAKAN







Tuesday, October 23, 2012

INFO SK TAMAN RAKAN (Oktober/November)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

Makluman kepada semua warga SK Taman Rakan termasuk ibubapa. Sesi persekolahan untuk tahun 2012 bakal melabuh tirainya pada 9 November 2012. Berikut disertakan Info berkenaan aktiviti SK Taman Rakan yang akan diadakan sebelum tamat persekolahan.

Untuk pengetahuan ibubapa & warga SK Taman Rakan, pelbagai aktiviti telah dirancang dan diharapkan agar ianya berjalan dengan lancar.

Info SKTR Oktober/November

Monday, September 10, 2012

Demam UPSR 2012 Bermula...

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah akan membuka tirai pada 11 September 2012 dan berlangsung selama 3 hari. Murid-murid dan semua guru telah bertungkus lumus untuk memastikan murid-murid berjaya dalam UPSR tahun ini. Pelbagai aktiviti yang telah dibuat dan sekarang adalah masa penentunya.

Harapan Pentadbir, PIBG SKTR serta seluruh warga kerja SKTR agar murid-murid tahun 6 dapat menjawab soalan pepriksaan dengan cemerlang.


Sunday, August 19, 2012

Salam Aidilfitri 1433H (2012)

Pihak Pentadbir, Guru-Guru dan Staf Sekolah Kebangsaan Taman Rakan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam, "taqabbalallahu minna wa minkum" Semoga Allah SWT menerima segala amalan yang telah kita semua lakukan pada bulan Ramadhan yang lalu. 

sumber grafik : awangpurba


Friday, July 20, 2012

SALAM RAMADHAN AL - MUBARAK

Alhamdulillah, Ramadhan muncul semula... Bulan yang memberi barakah kepada semua umat Islam. Admin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua muslimin & muslimat yang dirahmati Allah SWT.

Berkesempatan dengan ini, Admin ingin mewar-warkan sedikit info rasmi daripada Pentadbir SKTR harapannya agar semua dapat mengambil perhatian dan tindakan. Terima Kasih.






Sunday, June 24, 2012

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL SK TAMAN RAKAN 2012

Alhamdulillah, setelah sekian lama admin menyepi, kini saya berkesempatan untuk menyambung kembali kisah-kisah yang telah berlaku di SK Taman Rakan.

23 JUN 2012 merupakan satu detik sejarah untuk SK Taman Rakan kerana telah berjaya menganjurkan Majlis Makan Malam Amal bertujuan untuk mengumpul dana untuk pendidikan dan pembangunan sekolah. Bermula dengan cabaran oleh YB Tn. Hj. Ismail bin Sani pada Mesyuarat PIBG SK Taman Rakan yang lalu, program pengumpulan dana ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Sejambak Budi Sewangi Kasih
Seharum Kasturi Kami Kalungkan
Atas Penghargaan Kepada………

Yang Berhormat Tuan Hj Ismail B. Sani (AMN,SMS,PJK)
(ADUN Dusun Tua merangkap Penaung KSK)
Kelab Sukan Dan Komuniti DUN Dusun Tua
SJK (C) Bandar Baru Sg. Long
Syarikat Mizura Sdn Bhd
Afnal Enterprise
Yayasan Pelajaran Mara
IBL Services & Consultant
Rapat Sutera Sdn Bhd
Pengusaha Kantin SKTR
NIOSH
KRT Highrisst Sek 2 Bandar Mahkota Cheras
Cambridge English For Life
Applied Creative Sdn Bhd
AJK KRT Taman Rakan
Alumni SK Taman Rakan
Syarikat Shamsudin Consultant
AJK PIBG SK Taman Rakan
Darul Amal Store (Homeopathy)

Para Penyumbang Individu

Para Pentadbir SK Taman Rakan
Guru-guru SK Taman Rakan
Ibubapa murid SK Taman Rakan
Pasukan RELA
Individu yang terlibat secara langsung 
atau tidak langsung

Semoga Tuhan Memberkati
Terima Kasih Daun Keladi…



Monday, May 7, 2012

Minggu Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012

Bermula 7hb Mei hingga 11hb Mei 2012 adalah minggu peperiksaan di SKTR. Segala persiapan telah dibuat oleh guru-guru SKTR dan diharapkan semua murid-murid dapat menjawab soalan dengan jayanya.

Kami guru-guru SKTR sentiasa mendoakan kejayaan murid-murid dalam peperiksaan ini.

SELAMAT MAJU JAYA !!!

p/s: Murid-murid yang tidak hadir perlu mengemukakan SIJIL CUTI SAKIT (MC) daripada Hospital @ Klinik untuk membolehkan mereka menduduki peperiksaan pada minggu hadapan.

Monday, April 23, 2012

PERHIMPUNAN PAGI - 23 APRIL 2012

Fuhhh... tak menang tangan admin nak update segala aktiviti yang telah dijalankan di SKTR pada hujung minggu lepas. Semua aktiviti telah dijalankan dengan jayanya oleh semua Guru-guru SKTR dan disokong tanpa jemu oleh semua murid-murid SKTR. Antara Program yang telah dijalankan ialah Khemah Ibadah (Tahun 6), Klinik Bola Jaring dan Kursus Unit Beruniform SKTR.

Bercerita pada pagi Isnin ini, Alhamdulillah... warga SKTR telah bertungkus lumus untuk menjayakan Perasmian Sedaerah Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca). Antara yang berlangsung semasa persmian ialah pembacaan Ucapan Pegawai Pelajaran Daerah oleh Guru Besar dan seterusnya perasmian Program NILAM, persembahan bacaan buku cerita, deklamasi sajak & persembahan boria oleh murid-murid tahun 5 Jabil.

Tidak dilupakan juga penyampaian anugerah kelas terceria untuk minggu yang ke-15. Pemenangnya adalah seperti berikut :-

Tempat ke-3 : 4 Bazli
Tempat ke-2 : 5 Mumtaz
Pertama       : 5 Jabil


Pn. Merianah selaku GPK HEM menyampaikan Piala Pusingan kepada Ketua Kelas 5 Jabil. Tahniah...







Monday, April 16, 2012

PERHIMPUNAN PAGI - 16 APRIL 2012

Alhamdulillah... dapat bertemu kembali dengan semua anak-anak & warga SKTR pada minggu yang ke-15 ini. Pada perhimpunan pagi tadi, banyak amanat yang telah disampaikan oleh Guru bertugas, Kaunselor dan juga Guru Besar SKTR. Diharapkan amanat-amanat yang disampaikan dapat dijadikan panduan dan iktibar untuk semua murid.

Pertandingan keceriaan kelas pada minggu yang ke-14 telah dinilai dan kelas yang mendapat tempat pada minggu lepas adalah seperti berikut.:-

Tempat ke-3 : 6 Aqil
Tempat ke-2 : 6 Hazim
Johan          : 6 Firas

Guru Besar menyampaikan piala pusingan kepada ketua kelas 6 Firas

Wednesday, April 11, 2012

DAULAT TUANKU

MENJUNJUNG KASIH,
MERAFAK SEMBAH,

KEBANGGAAN BERADA DI BAWAH NAUNGAN DULI TUANKU... SEMBAH TAHNIAH

"DAULAT TUANKU"


PERHIMPUNAN PAGI - 9 APRIL 2012

Alhamdulillah, SK Taman Rakan memulakan sesi mingguan seperti biasa. Pada perhimpunan yang lalu, wira-wira bolasepak SKTR telah menerima pingat masing-masing dan mereka juga menerima pujian dan tepukan gemuruh daripada seluruh warga SKTR...


Wira Bola Sepak SKTR bergambar kenangan bersama Puan Siti Hara selepas menerima pingat masing-masing.

Mohd Shahrul Hakimi (6N), Amirul Fikri (6F) & Mohd Amirul Irfan (6J) merupakan pemain yang terpilih untuk menyertai pasukan bola sepak daerah Hulu Langat dalam pertangdingan peringkat Negeri.

Selain daripada penyampaian pingat, Pihak sekolah dengan berbesar hati mengumumkan kelas terceria pada minggu yang ke-13 yang lalu. Keputusannya adalah seperti berikut.

Pertama - 6 Mumtaz
Kedua    - 5 Hazim
Ketiga    - 4 Aqil

Puan Merianah Jamaludin (GPK HEM) menyampaikan hadiah kepada Pemenang Kelas Terceria untuk minggu ke-13.














Friday, March 30, 2012

SK Taman Rakan JOHAN !!!!!

Terukir senyuman yang lebar di wajah Guru Besar SKTR iaitu Pn. Hoe Yoke Mei memaklumkan kepada saya berkenaan kejayaan Pasukan Bola Sepak SKTR yang menjadi JOHAN di Kejohanan Bola Sepak MSSD Hulu Langat Zon Kajang 2012.

Tahniah diucapkan kepada Jurulatih Pasukan iaitu Cikgu Adiputera... Tahniah... Tahniah... Tahniah...

Gambar di bawah menceritakan selanjutnya tentang kejayaan SK Taman Rakan.

Juara sedang beraksi

Strategi disusun untuk memenangkan perlawanan penting ini.

Pejuang yang mengharumkan nama SK Taman Rakan.

Bak Sirih Pulang Ke Ganggang... Piala Pusingan yang telah disumbangkan oleh bekas Guru Besar SKTR pada tahun 2003 telah kembali ke SKTR selepas 9 tahun keluar.

Bersama - sama sijil dan pingat yang telah dimenangi... TAHNIAH !!!

Wajah kegembiraan oleh guru pembimbing dan murid-murid semua.

Kamilah JOHAN !!!!!

Hari Terbuka SK Taman Rakan (Perjumpaan Ibu/bapa & Guru Kelas)

Alhamdulillah... Perjumpaan tersebut telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah... Terima Kasih diucapkan kepada semua IbuBapa yang hadir untuk mengetahui prestasi semasa anak-anak mereka...

Bagi pihak sekolah...

TERIMA KASIH SEMUA !!!

Wednesday, March 21, 2012

4 minit 17 saat !!!!!!!

...itulah masa yang diambil oleh murid-murid SK Taman Rakan untuk turun ke tempat yang selamat semasa "Latihan Kebakaran" dijalankan pada pukul 9:00 pagi tadi. Masa yang sepatutnya diperlukan ialah di bawah 4 minit.

Diharap pada masa yang akan datang, murid-murid dapat bergerak dengan lebih pantas untuk mencapai sasaran masa yang diperlukan.

 















Murid-murid mengambil tempat mengikut kelas masing-masing.

Murid-murid telah berbaris mengikut kelas bagi memudahkan guru kelas mengira jumlah murid supaya tidak ada yang tertinggal.
Murid-murid Prasekolah juga tidak ketinggalan untuk turut bersama dalam Latihan Kebakaran ini.

Ustaz Shamsul sebagai Penyelaras Latihan Kebakaran ini memberi taklimat kepada murid-murid.
Puan Guru Besar juga turut bersama untuk menyampaikan amanat dan nasihat berkaitan dengan keselamatan sekiranya berlaku kebakaran.

Monday, March 19, 2012

CUTI PERTENGAHAN SEMESTER 1, 2012 TAMAT.....

Sekolah bersambung seperti biasa... Murid-murid begitu bersedia untuk menyambung pelajaran untuk bulan seterusnya sebelum cuti penggal pertama yang akan bermula pada penghujung bulan Mei akan datang.

Keputusan UJIAN BULANAN 1 yang telah dijalankan sebelum cuti dahulu akan diumumkan tidak lama lagi.

Murid-murid tekun mendengar taklimat yang diberikan oleh Guru Disiplin
Amanat yang disampaikan oleh Guru Disiplin untuk dijadikan panduan sebelum memulakan kelas.
Tahniah diucapkan kepada adik Muhammad Shafiq yang memenangi pingat Perak bagi acara 80m Lari Berpagar sempena Kejohanan Olahraga dan Balapan MSSD Hulu Langat 2012