Friday, January 1, 2010

Sejarah Sekolah

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RAKAN terletak kira-kira 9 kilometer dari bandar Kajang. Sekolah ini telah mula dibina pada tahun 1994 dan siap pada tahun 1997. Mula beroperasi pada tahun 1998 dengan hanya 20 orang guru, yang terdiri daripada 17 orang guru perempuan dan tiga orang guru lelaki. Manakala bilangan muridnya pula sebanyak 316 orang iaitu 150 orang murid perempuan dan 116 orang murid lelaki. Penyerahan kunci sekolah ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Salihudin Mohd. Said, Pegawai Perancang dan Pembangunan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor kepada Puan Faridah binti Abd. Rahim merangkap GPK 1 pada 9.12.1997. No. JKR /PER/SEL/401/96.

Para pentadbir pertama yang menerajui sekolah ini ialah:
  • Encik Shaharudin bin Lubis          -    Guru Besar (1998-1999)
  • Puan Faridah bt. Abd. Rahim       -    Guru Pen. Kanan Kurikulum
  • Puan Kamariah bt. Yeip               -    Guru Pen.Kanan Hal Ehwal Murid
  • En. Nasarudin bin Bujang             -    Guru Pen. Kanan Ko-kurikulum.


1 comment:

  1. Alhamdulillah saya pernah praktikum di sekolah ini pada tahun 1998. :Ustaz Muhamad Nizam Ismail - from Sabah with love...:)

    ReplyDelete