Friday, November 12, 2010

Keputusan UPSR 2010

Syukur diucapkan di atas kejayaan anak didik SKTR dalam UPSR 2010. 39 orang yang mendapat 5 A adalah hasil usaha gigih dan kesabaran murid-murid yang inginkan kejayaan. Pastinya penat lelah guru-guru tahun 6 sepanjang tahun 2010 ini terbayar apabila melihat kejayaan yang digenggam anak didik tertulis di slip peperiksaan serta keputusan peratusan yang menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu.Benarlah kata-kata pantun ini...

 Sampan kotak hilir mudik
Dayung patah galah sebatang
Ikhtiar tidak datang menggolek
Akal tidak datang melayang 

Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya








   

Thursday, November 11, 2010

Rombongan Kelab Rukunegara SKTR

23 Oktober 2010 - Kelab Rukunegara SKTR telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Tugu Negara, Galeri Tun Abdul Razak, Muzium Polis dan melawat sekitar Putrajaya buat julung kalinya..Seramai 8 orang guru pengiring diketuai oleh Cikgu Azizah berasa teruja dengan lawatan tersebut. Lebih-lebih lagi kepada Cikgu Bedah (bukan nama sebenar) yang pertama kali dalam hidupnya menjejakkan kaki ke tugu kebanggaan Malaysia tersebut...








 

Konvokesyen Prasekolah

Konvokesyen Prasekolah SKTR 2010 ini telah berlangsung dengan jayanya...









Peperiksaan Akhir Tahun 2010


Gambar-gambar sekitar peperiksaan..

Tuesday, November 9, 2010

Gotong-royong Sambutan Hari Raya SKTR

8 Oktober 2010 - Semua guru SKTR bersama-sama dalam menjayakan Sambutan Hari Raya dan Hari Kanak-kanak dengan mengadakan gotong-royong pada hari Khamis dan Jumaat sebelumnya..