Friday, November 12, 2010

Keputusan UPSR 2010

Syukur diucapkan di atas kejayaan anak didik SKTR dalam UPSR 2010. 39 orang yang mendapat 5 A adalah hasil usaha gigih dan kesabaran murid-murid yang inginkan kejayaan. Pastinya penat lelah guru-guru tahun 6 sepanjang tahun 2010 ini terbayar apabila melihat kejayaan yang digenggam anak didik tertulis di slip peperiksaan serta keputusan peratusan yang menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu.Benarlah kata-kata pantun ini...

 Sampan kotak hilir mudik
Dayung patah galah sebatang
Ikhtiar tidak datang menggolek
Akal tidak datang melayang 

Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya








   

No comments:

Post a Comment