Tuesday, January 8, 2013

JOM DATANG AWAL KE SEKOLAH... Perhimpunan Mingguan (Minggu ke-2 Jan 2013)

Setelah selesai Program Maju Diri untuk murid-murid di SK Taman Rakan pada minggu lepas, Hari Isnin yang lepas adalah permulaan kepada mereka untuk mula belajar.

Sebelum memulakan kelas, murid-murid telah mendengar amanat daripada Pn. Hoe Yoke Mei serta guru-guru lain yang supaya mereka lebih peka dengan persekitaran SK Taman Rakan ini.
 
Selain daripada perhimpunan biasa, Pn. Hoe Yoke Mei juga telah merasmikan PROGRAM JOM DATANG AWAL KE SEKOLAH & KEMPEN SIFAR PONTENG yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Rakan. Di harap, ganjaran yang ditawarkan oleh Unit B&K dapat menaikkan semangat murid-murid SK Taman Rakan untuk datang ke sekolah.

Berikut dimuatkan gambar suasana pada hari Isnin (7/1/2013) lalu...



Barisan guru-guru lelaki SK Taman Rakan

Murid-murid tekun mendengar amanat daripada guru bertugas

Pn. Hoe Yoke Mei menyampaikan ucapan perasmian

Murid-murid tahun 5

dari Kiri - Pn. Hjh. Siti Hara, Pn. Merianah & Pn. Aisyah

Barisan guru-guru perempuan SK Taman Rakan


Pn. Hoe Yoke Mei sejurus selepas gimik perasmian program

Sebuah sajak dideklamasikan oleh Adik Aiman dari kelas 6 Jabil



No comments:

Post a Comment